Ketelitian Tenaga Kerja, Pemangkin Rahsia Jaya

Di antara Selat Taiwan dan dua tanahnya, kami mempunyai tenaga kerja jurutera yang cemerlang melebihi 200 orang. Kata orang tua-tua, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh yang demikian, kami mencari dan berusaha, kaedah atau cara bagi menghangatkan lagi perkhidmatan dan barangan supaya menjadi lebih cemerlang dan berjaya. Kami dapat mengawal dan menyelia lapan faktor utama bagi meningkatkan kawalan mutu pembangunan pengeluaran, dengan bantuan interaksi hubungan pengkomputeran yang baik selaras dengan anjakan zaman. Antara lapan faktor tersebut adalah takrif pengeluaran, pemilihan perkakasan utama, reka bentuk luaran, reka bentuk perisian, reka bentuk perkakasan, pengesanan kualiti, reka bentuk mengikut kos, dan perancangan pasaran. Dengan menggunakan sistem ini, dalam jangka masa yang terhad, kami dapat mengeluarkan produk yang benar-benar berkualiti dan dapat memenuhi jangkaan serta permintaan pengguna. Jangkauan masa kami mengumpul pengalaman penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara dalaman dan luaran, dan mengekalkan sumber yang meluas dalam pangkalan data, merupakan asas untuk memfokuskan perhatian kepada tiga bidang pembangunan yang baru :-

Platform Pendidikan Mudah Alih

Dengan menggunakan kamus elektronik sebagai permulaan, kami akan membangunkan fungsi baru, dan aplikasi data ditambah untuk melanjutkan penerokaan potensi yang meluas bagi fungsi kad slot. Dengan menggunakan kedua-dua teknologi rangkaian berwayar dan wayarles, kami akan menyediakan pengguna dengan program pendidikan yang multimedia sesuai dengan keperluan individu, dan menukarkan kamus elektronik kepada alat pendidikan yang selaras dengan dunia internet hari ini.

Platform Data Mudah Alih

Kami menyedari semenjak awal lagi, akan perkembangan penggunaan PDA dan penghubung elektronik dengan fungsi wayarles. Pada tahap permulaan, kami akan memperkenalkan secara aktif transmisi data wayarles, teknologi pengukur, dan protokol komunikasi seperti FLEX, GSM, GPRS, CDMA, ke dalam produk-produk kami. Hasil kelebihan gabungan platform pendidikan mudah alih kami yang sudah dibangunkan, kami merancang untuk menjadikan platform data mudah alih ini ke arah tahap evolusi yang seterusnya.

Khidmat Data Masa Sebenar Dalam Talian

Inventec Besta akan melaksanakan sistem khidmat data masa sebenar dalam talian yang menyeluruh untuk menyediakan tindak balas segera kepada pertanyaan pelanggan. Sistem ini akan menyediakan pendidikan mudah alih dan platform komunikasi dengan capaian yang berterusan terhadap sumber data terkini. Ia dengan demikian memastikan pengguna sentiasa mempunyai peluang bagi mengetahui maklumat terkini dan berkedudukan kemuncak informasi.

 

Lead System
Inventec Besta
Pemasaran Sedunia
Pembangunan Produk
Sejarah Produk
Pencapaian Produk
Pengurusan Kualiti