
Amiux (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Januari 2005 khusus bagi memperkenalkan kamus elektronik (BESTA MD-831). Penubuhan Amiux adalah bersempena perlancaran BESTA MD-831 iaitu satu inovasi teknologi pembelajaran secara interaktif gaya mobiliti yang pastinya menarik dan hebat kepada semua peringkat umur sama ada para pelajar mahupun masyarakat umum termasuklah para pekerja di sektor swasta dan kerajaan.
Kamus elektronik BESTA MD-831 yang telah dimuatkan dengan Oxford Fajar Advanced Learner's English-Malay Dictionary dan Kamus Perdana Melayu-Melayu-Inggeris diharap dapat memberi kemudahan serta manfaat yang lebih kepada para pengguna untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka. Kamus yang bersaiz saku, ringan, nipis dan bersuara ini turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Selain bertindak sebagai kamus, BESTA MD-831 juga boleh dijadikan sebagai pengurus informasi peribadi, pengurus kewangan, pembelajaran multi-rujukan dan hiburan.Syarikat kami percaya dengan perlancaran MD-831, ramai pengguna dapat memanfaatkan pembelajaran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan dan yang paling penting, pengguna boleh mempelajarinya di mana-mana jua dan pada bila-bila masa.
Malah, Amiux (M) Sdn. Bhd. turut bertanggungjawab merancang dan menganjurkan pelbagai program menarik kepada ahli Kelab BESTA seperti seminar, kelas dan ceramah bahasa Inggeris untuk memastikan para pengguna dapat memanfaatkan kamus elektronik BESTA MD-831 dengan sebaik mungkin.

Pada tahun 2000, pelancaran kad IC M1009 Kamus Perdana menerima maklum balas yang sangat baik daripada pengguna sebagai sebuah bahan rujukan utama dalam 3 bahasa: Melayu, Inggeris dan Cina. Ia sekaligus menjadikan Besta terus menjadi jenama kamus elektronik yang unggul di rantau ini.
Diedarkan oleh:
Amiux (M) Sdn Bhd
Lot 6-02, Tingkat 6, Cheras Plaza, Jalan Manis 1, Taman Segar,
56100 Cheras, Kuala Lumpur
|